Advertise with Us!
Â
Pakej Pengiklanan Homestays.my

Â
Servis rekabentuk banner :
Kami menyediakan servis rekabentuk banner yang berkos RM50 per banner.
Terma & Syarat:
- 'Pelangggan' di dalam terma & syarat ini adalah merujuk kepada individu/entiti yang menghantar permohonan untuk beriklan di Homestays.my dan individu/entiti yang sedang beriklan di Homestays.my.
- 'Homestays.my' di dalam terma & syarat ini adalah merujuk kepada pihak pengurusan Homestays.my yang menyelenggara unit pengiklanan Homestays.my.
- Tempoh pengiklanan minimum adalah selama 30 hari.
- Tempoh pengiklanan akan bermula sebaik sahaja Homestays.my memaparkan banner pelanggan di ruangan iklan melainkan jika pelanggan memaklumkan tarikh spesifik untuk memulakan tempoh pengiklanan di Homestays.my.
- Pengiklanan akan bermula setelah pembayaran penuh dijelaskan.
- Setelah pembayaran dijelaskan, pulangan (refund) boleh diberikan jika tempoh pengiklanan pelanggan belum bermula.
- Jika tempoh pengiklanan pelanggan telah bermula, refund tidak akan diberikan dalam apa jua isu sekali pun.
- Kadar & harga pakej pengiklanan adalah sah dalam tempoh 30 hari dari tarikh e-mail pengesahan untuk pembayaran yang dihantar oleh Homestays.my.
- Hanya iklan laman web, projek, perniagaan atau produk berunsur positif sahaja yang dibenarkan.
- Pengiklanan laman web, projek, perniagaan atau produk tidak halal adalah tidak dibenarkan.
- Pengiklanan laman web, projek, perniagaan atau produk seks seperti pil perangsang, alat peningkat tenaga batin, rahsia malam pertama suami isteri, e-book postur seks dan seumpamanya tidak dibenarkan.
- Pengiklanan skim cepat kaya tidak dibenarkan.
- Semua iklan hendaklah menutupi aurat.
- Format banner yang dibenarkan adalah gif, jpg dan png yang tidak melebihi saiz yang telah ditetapkan. Flash banner tidak diterima.
- Kesemua ukuran banner yang tertera di atas adalah mengikut spesifikasi lebar X tinggi banner.
- Sementara pelbagai usaha dijalankan untuk meneruskan operasi laman web Homestays.my selama 24 jam, Homestays.my tidak akan mengganti sebarang kerugian yang dialami oleh pelanggan jika berlaku downtime pada laman web untuk suatu tempoh kurang daripada 8 jam. Jika downtime laman web berlangsung melebihi 8 jam, Homestays.my akan mengganti kerugian yang dialami dengan 24 jam tempoh pengiklanan tambahan.
- Homestays.my tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerugian semasa peralihan data & bahan berlaku (i.e. any loss incurred during data & material transition).
- Diskaun disediakan bagi pelanggan yang ingin beriklan di Homestays.my melebihi 2 bulan.
- Semua kadar dan tarif pengiklanan adalah tertakluk kepada perubahan. Pelanggan yang telah menerima invois/resit atau telah bermula tempoh pengiklanan di Homestays.my adalah dilindungi daripada penukaran kadar dan tarif baru sehingga kontrak pengiklanan tamat.
- Homestays.my berhak untuk memberhentikan pengiklanan pelanggan tanpa sebarang notis dan refund jika didapati melanggari terma & syarat di atas.
- Kadar, tarif, terma dan syarat pengiklanan di atas bermula dari 1 September 2010 sehingga kini.
- Perincian Pembayaran akan dimaklumkan bersama invois yang akan dihantar kepada pemohon.
Â
Untuk masa ini, kami menerima bayaran melalui :

Â
Â
Berminat?
Hubungi kami melalui e-mail dengan mengemukakan maklumat berikut:
- Nama penuh :
- Nama syarikat :
- Alamat penuh :
- Nombor telefon :
- Pakej pilihan :
- Tempoh pengiklanan (minimum: 15 hari) :
- Tarikh mula pengiklanan :
- Pautan kepada laman web :
- Banner pengiklanan mengikut saiz dan ukuran yang telah ditetapkan.
Â
Jika tuan/puan memilih untuk mendapatkan servis rekabentuk banner, sila maklumkan pada kami. Bagi pakej pengiklanan teks, sila berikan teks pengiklanan yang tidak melebihi 15 patah perkataan.
Jika tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengiklanan di Homestays.my, tuan/puan boleh email-kan pertanyaan tuan/puan kepada homestays.my@gmail.com.
Unit Pengiklanan Homestays.my
http://www.homestays.my
Â
Â
Â
Â